Tuesday, October 26, 2010

LAWATILAH TERENGGANU DAN KUNJUNGILAH DUNGUN..MEMANG BEST.

PULAU INDAH DI DUNGUN

Pulau Tenggol Yang Damai

Pulau Tenggol terletak di Dungun dengan jarak perjalanan sejauh 45 km. Pulau yang belum diganggu dengan pembangunan menjanjikan suatu percutian yang damai dan nyaman. Dengan keluasan panjang 3 km dan 2 km lebar sudah  mencukupi  anda menikmati keindahan semula jadi pulau ini.
Untuk sampai di sini, anda perlu menaiki bot di Kuala Dungun dan mengambil masa sejam untuk sampai. Apabila anda hampir sampai ke pulau ini, anda akan melihat kejernihan air laut, pasir yang memutih dan pokok yang menghijau. Ini akan membuat anda tidak sabar-sabar untuk menjejakan kaki ke pantai dan bermain di tepi air.
Air yang tenang membuat kita terasa hendak berenang dan menyelam. Air jernih ini anda dapat melihat anak-anak ikan yang jinak sedang berenang berhampiran anda.. Bukan itu sahaja batu karang yang terdapat  sekitar pulau ini amat cantik sekali. Anda akan terpukau melihat keindahan batu karang yang hidup subur di dasar laut.
Anda boleh berehat di bawah pokok yang rendang sambil  menikmati keredupan pokok yang terdapat di pulau ini. Hampar tikar dan berbaring di tepi pantai dan sekejab lagi anda akan terlena. Tiupan angin yang dingin membuat kita rasa selesa dan nyaman.
Resort yang dibuat dari kayu menyebabkan anda terasa berada di kampung. Di waktu malam tidaklah terasa panas dan boleh tidor dengan nyenyak. Siang hari anda boleh mengail, mengeliling pulau dan menyelam di dasar laut. Tentu anda seronok.

POKOK CHENGAL TERBESAR DI DUNGUN

Pokok Cengal Tertua Dan Terbesar



INFO

  • Nama Spesies : 'Cengal', Neobalanocarpus heimii
  • Ukuran : 1,675 cm lilitan dan 65 meter tinggi
  • Tempat Dijumpai : Kompartmen 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Dungun Terengganu
  • Di Malaysia, pokok cengal tumbuh di kawasan hutan tanah pamah yang mempunyai ketinggian kurang dari 1,000 meter terutama di kawasan yang mempunyai saliran air yang baik. Kebiasaannya pokok cengal hidup dengan baik di kawasan yang menerima hujan lebih dari 2,000 milimeter setahun dan tiada musim kemarau yang panjang.
  • Pokok Cengal terbesar dan tertua di Malaysia dijumpai di Kompartmen 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun pada 1999 oleh Pegawai Renjer Durian Mas II, Encik Omar Mohamad.
  • Pokok Cengal tersebut setinggi 65 meter dengan ukur lilitnya 16.75 meter, atau kira-kira 13 pemeluk, serta bergaris pusat 5.32 meter memerlukan 27 buah lori bagi mengangkut kayunya jika ditebang. Isipadu pokok cengal ini dianggarkan 220m3 dengan keberatan 120 tan metrik.
  • Usia pokok tertua ini dianggarkan 1,300 tahun iatu berdasarkan kaedah pengiraan pokok di kawasan tropika mengikut pertumbuhan gegelang (growth ring) pada kadar 0.4sm setahun.
  • Pokok yang terletak lebih kurang 200 meter dari sempadan Taman Negara dan 390 meter dari paras laut di kawasan Kompartmen 5 hutan ini, telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai pokok terbesar di Semenanjung Malaysia dan didokumenkan dalam keluaran edisi ketiga pada tahun 2001.
  • Pokok cengal kedua terbesar pula terletak dalam kompartmen 4, Hutan Simpan Pasir Raja dan dianggarkan ketinggian 45 meter dengan ukuran lilitan 10.75 meter.

SEJARAH PAHLAWAN DI DUNGUN

Kubu Mat Kilau

 Kubu Mat Kilau yang dibina di  Padang Jerangau, Pasir Raja, Hulu Dungun Terengganu bagi mengingati perjuangan pahlawan lagenda Melayu, yang menentang penjajahan Inggeris sekitar tahun 1890-an.
Pada zaman dulu, kawasan Kubu Mat Kilau hanya boleh dihubungi melalui jalan sungai dari Kampung Pasir Raja.Laluan menyusuri Sungai Dungun dari Kampung Pasir Raja menghubungkannya dengan Kampung Bantal di Hulu Tembeling, Jerantut,
Mengikut sejarah, perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama Terengganu iaitu Tok Ku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan. Malangnya, hari ini tidak ramai generasi muda mengenali siapa Mat Kilau, Tok Gajah atau Tok Bahaman yang sama-sama berjuang menebus maruah bangsa Melayu daripada Inggeris.
INFO

  • Mat Kilau bin  Iman Rasu @ Tok Gajah dilahir pada tahun 1856/1866 di Pulau Tawar Jerantut Pahang
  • Pahlawan Melayu yang menentang penjajah British
  • Tahun 1895, British mengumunkan Mat Kilau meninggal dunia
  • Tahun 1969, Mat Kilau  mengaku belum meninggal dunia dan memperkenalkan dirinya sebagai Mat Kilau setelah menyamar diri sebagai Mat Siam (akibat buruan British).
  • Tahun 1970, meninggal dunia pada  berusia 122 tahun.
  • Kubu Mat Kilau terletak di Pasir Raja, Hulu Dungun.
  • Kubu ini adalah tempat Mat Kilau bersembunyi dari buruan penjajah.
  • Lebih kurang 160 km dari Kuala Terengganu.
  • Laluan Pacuan empat roda.

KELAB GOLF DUNGUN KITE

Kolam & Pokok Peghalang Utama

Kelab Golf Desa Dungun terletak ditepi pantai dan berhampiran UITM Kampus Dungun. Kelab ini dimiliki oleh Pejabat Daerah Dungun dan Presiden Kelab secara automatik disandang oleh Pegawai Daerah Dungun. Mengikut sejarah kelab ini dibuka pada sekitar 1960 an oleh pegawai Inggeris yang membuka bijih besi.
Kelab ini mempunyai padang golf 18 lubang yang dibahagi kepada dua bahagian.  Pada lubang 9 pertama, pemain golf akan diuji dengan kolam dan fairway yang sempit. Di Lubang 9 kedua pula,  pemain golf akan menghadapi halangan pokok yang berada di kiri kanan fairway.
Di Lubang 9 pertama (first nine) lubang ke dua, par 5 mempunyai index 1 yang dianggap lubang paling sukar kerana terpaksa menyeberangi kolam yang besar. Di lubang 9 kedua (second nine) lubang ke 13 mempunyai index 2 kerana kesukaran untuk melepas pokok-pokok yang banyak terdapat sini. Kebiasaan bola yang terkena pokok akan melantun ke luar kawasan (OB) dan pemain itu akan dikenakan penalti.

Lubang yang mempunyai index tinggi, jika anda mendapat bogey, anda dikatakan setaraf macam mendapat par. Apalagi jika anda mempunyai handicap 24. Kenyang perut. Untuk merasai padang yang pernah dimain oleh orang Inggeris dan direka oleh Mike Kelly datanglah ke Kelab Golf Desa Dungun.

sejarah pantai teluk lipat


Sepanjang Pantai Teluk Lipat

Pantai Teluk Lipat merupakan tempat tumpuan penduduk Dungun untuk berehat dan bersantai bersama keluarga. Pantai dan pokok rhu yang memanjang dapat memberi pilihan kepada pengunjung untuk memilih tempat untuk berehat.
Pasir yang halus dan bersih memberi peluang kepada pengunjung duduk diatas pasir tanpa alas. Ini salah satu cara untuk mendapat  kepuasan bagi menikmati keindahan pantai Teluk Lipat. Ditambah dengan ombak memutih memenuhi gigi pantai.
Di pantai ini juga dapat melihat kesan peninggalan perlombongan bijih besi. Terdapat tiang jambatan keretapi yang mengangkut bijih besi ke kapal. Tiang ini dikenali sebagai tiang opal. Bijih besi akan disalur ke kapal melalui jambatan ini.
Di samping kita dapat melihat bangsal dan bot nelayan terdapat di pantai. Bangsal beratap pelepah kelapa menghiasi keunikan pantai Teluk Lipat.

Monday, October 25, 2010

PANTAINYA YANG INDAH

Di sini saya ingin berkongsikan sedikit permandangan salah satu pantai yang terdapat di dungun.Pantai ini dikenali sebagai "PANTAI TELUK LIPAT".Pantai ini terletak di tengah tengah bandar dungun,kira kira setengah kilometer sahaja dari pusat bandar.Disini selalunya dibanjiri oleh pelancung pelancong asing yang ingn menikmati keindahan alm semula jadi.