Tuesday, October 26, 2010

KELAB GOLF DUNGUN KITE

Kolam & Pokok Peghalang Utama

Kelab Golf Desa Dungun terletak ditepi pantai dan berhampiran UITM Kampus Dungun. Kelab ini dimiliki oleh Pejabat Daerah Dungun dan Presiden Kelab secara automatik disandang oleh Pegawai Daerah Dungun. Mengikut sejarah kelab ini dibuka pada sekitar 1960 an oleh pegawai Inggeris yang membuka bijih besi.
Kelab ini mempunyai padang golf 18 lubang yang dibahagi kepada dua bahagian.  Pada lubang 9 pertama, pemain golf akan diuji dengan kolam dan fairway yang sempit. Di Lubang 9 kedua pula,  pemain golf akan menghadapi halangan pokok yang berada di kiri kanan fairway.
Di Lubang 9 pertama (first nine) lubang ke dua, par 5 mempunyai index 1 yang dianggap lubang paling sukar kerana terpaksa menyeberangi kolam yang besar. Di lubang 9 kedua (second nine) lubang ke 13 mempunyai index 2 kerana kesukaran untuk melepas pokok-pokok yang banyak terdapat sini. Kebiasaan bola yang terkena pokok akan melantun ke luar kawasan (OB) dan pemain itu akan dikenakan penalti.

Lubang yang mempunyai index tinggi, jika anda mendapat bogey, anda dikatakan setaraf macam mendapat par. Apalagi jika anda mempunyai handicap 24. Kenyang perut. Untuk merasai padang yang pernah dimain oleh orang Inggeris dan direka oleh Mike Kelly datanglah ke Kelab Golf Desa Dungun.

No comments:

Post a Comment