Tuesday, October 26, 2010

POKOK CHENGAL TERBESAR DI DUNGUN

Pokok Cengal Tertua Dan Terbesar



INFO

  • Nama Spesies : 'Cengal', Neobalanocarpus heimii
  • Ukuran : 1,675 cm lilitan dan 65 meter tinggi
  • Tempat Dijumpai : Kompartmen 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Dungun Terengganu
  • Di Malaysia, pokok cengal tumbuh di kawasan hutan tanah pamah yang mempunyai ketinggian kurang dari 1,000 meter terutama di kawasan yang mempunyai saliran air yang baik. Kebiasaannya pokok cengal hidup dengan baik di kawasan yang menerima hujan lebih dari 2,000 milimeter setahun dan tiada musim kemarau yang panjang.
  • Pokok Cengal terbesar dan tertua di Malaysia dijumpai di Kompartmen 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun pada 1999 oleh Pegawai Renjer Durian Mas II, Encik Omar Mohamad.
  • Pokok Cengal tersebut setinggi 65 meter dengan ukur lilitnya 16.75 meter, atau kira-kira 13 pemeluk, serta bergaris pusat 5.32 meter memerlukan 27 buah lori bagi mengangkut kayunya jika ditebang. Isipadu pokok cengal ini dianggarkan 220m3 dengan keberatan 120 tan metrik.
  • Usia pokok tertua ini dianggarkan 1,300 tahun iatu berdasarkan kaedah pengiraan pokok di kawasan tropika mengikut pertumbuhan gegelang (growth ring) pada kadar 0.4sm setahun.
  • Pokok yang terletak lebih kurang 200 meter dari sempadan Taman Negara dan 390 meter dari paras laut di kawasan Kompartmen 5 hutan ini, telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai pokok terbesar di Semenanjung Malaysia dan didokumenkan dalam keluaran edisi ketiga pada tahun 2001.
  • Pokok cengal kedua terbesar pula terletak dalam kompartmen 4, Hutan Simpan Pasir Raja dan dianggarkan ketinggian 45 meter dengan ukuran lilitan 10.75 meter.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment