Tuesday, October 26, 2010

PULAU INDAH DI DUNGUN

Pulau Tenggol Yang Damai

Pulau Tenggol terletak di Dungun dengan jarak perjalanan sejauh 45 km. Pulau yang belum diganggu dengan pembangunan menjanjikan suatu percutian yang damai dan nyaman. Dengan keluasan panjang 3 km dan 2 km lebar sudah  mencukupi  anda menikmati keindahan semula jadi pulau ini.
Untuk sampai di sini, anda perlu menaiki bot di Kuala Dungun dan mengambil masa sejam untuk sampai. Apabila anda hampir sampai ke pulau ini, anda akan melihat kejernihan air laut, pasir yang memutih dan pokok yang menghijau. Ini akan membuat anda tidak sabar-sabar untuk menjejakan kaki ke pantai dan bermain di tepi air.
Air yang tenang membuat kita terasa hendak berenang dan menyelam. Air jernih ini anda dapat melihat anak-anak ikan yang jinak sedang berenang berhampiran anda.. Bukan itu sahaja batu karang yang terdapat  sekitar pulau ini amat cantik sekali. Anda akan terpukau melihat keindahan batu karang yang hidup subur di dasar laut.
Anda boleh berehat di bawah pokok yang rendang sambil  menikmati keredupan pokok yang terdapat di pulau ini. Hampar tikar dan berbaring di tepi pantai dan sekejab lagi anda akan terlena. Tiupan angin yang dingin membuat kita rasa selesa dan nyaman.
Resort yang dibuat dari kayu menyebabkan anda terasa berada di kampung. Di waktu malam tidaklah terasa panas dan boleh tidor dengan nyenyak. Siang hari anda boleh mengail, mengeliling pulau dan menyelam di dasar laut. Tentu anda seronok.

No comments:

Post a Comment